(Siri Lembaran Tarbiyahku)
Kenapa tak nak join tarbiyah? Tarbiyah itu best.
Aku seganlah. Aku ni bukan budak baik macam korang. Background family aku pun tak Islamik mana.
Seriously? Perlukah kita lahir dari keluarga yang alim-soleh, baru boleh join tarbiyah? Aku tak rasa jawapan background family boleh diambil kira sebagai faktor menghalang kita daripada mentarbiyahkan diri.
Berikut adalah kisah lampauku.
Back in Time
Lahirku dalam enam orang adik-beradik. Akulah yang bongsu, dan akulah satu-satunya anak lelaki. Manja itu sudah pasti. Keras kepala itu teman baik. Cengeng itu hobi. Malang sekali, tiada identiti.
Seperti lazimnya pada keluarga yang ada di Malaysia, nama saja Islam namun praktis sebagai muslim itu kurang. Maka begitulah juga yang terjadinya pada keluargaku. Islam kami Islam warisan, bukan Islam yang dicari dengan pengorbanan.
Detik perubahan berlaku apabila satu persatu kakak-kakakku menjejak kaki ke bangku sekolah menengah. Aku yang ketika itu masih bersekolah rendah kehairanan, kenapa penampilan mereka kian berubah.
Jika dahulu, tudung hanya uniform untuk ke sekolah. Sekarang, asal sahaja keluar rumah atau ada tetamu datang, rambut ditutup kemas. Jika dahulu, saiz tudung ala kadar saja. Cukup untuk menutup kepala. Sekarang, labuhnya sehingga menutup dada.
Aku masih kehairanan. Apa yang terjadi kepada mereka? Kenapa mereka kembali ke rumah dengan identiti baru? Namun dalam aku kehairanan, jiwaku jadi tenteram dengan penampilan mereka. Mungkinkah, mereka pulang dengan membawa nur islam sekali?
Selingan
Buat sementara, cukuplah ini saja coretanku. Esok-esok akan kusambung kisah silamku ini. Namun ingin kuselitkan di sini. Perihal keluarga yang tidak Islamik.
Tak mengapa kalau anda berasal dari keluarga Islamik. Yang penting adalah kita perlu melakukan sesuatu untuk meng-Islamik-kan keluarga kita. Gunalah alternatif seperti berdamping dengan orang soleh, rajin ke kuliah agama, atau turut serta dengan kerja dakwah. InsyaALLAH, DIA akan menurunkan nur islam dalam keluarga kita.
Kalau kita tidak berbuat apa-apa, duduk diam sahaja... apakah ruh Islam itu boleh hinggap dalam diri kita? Kunci utamanya di sini ialah: do something. Petua ini sudah lama ALLAH berikan dalam firman-NYA:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” [QS Ar-Ra'd: 11]
Khatimul Kalam
ALLAH sentiasa kasih pada kita. Kadangkala DIA tidak lahirkan seorang bayi dari benih imam soleh dan rahim muslimah sejati, kerana DIA Maha Mengetahui apa yang berlaku di kemudian hari.
Jangan berasa malu dengan orang tua sendiri (dek kerana mereka tak Islamik), kerana mereka adalah tanggungjawab kita untuk diberi sinar hidayah Ilahi. Mereka tak meminta untuk jadi ibu bapa tak Islamik, maka bantulah mereka untuk melihat lebih luas tentang keindahan Islam.
bersambung...

Assalamualaikum.
ReplyDeleteentry yg sangat baik!
situasi anda sama dengan saya cuma versi perempuan la(yg part anda bersekolah rendah hairan tengok akak2 sekolah menengah mengubah penampilan mereka>>bab aurat):p
Alhamdulillah,
akhirnya sy pun mcm dorang jugak hoho walaupun background family sy x la islamik mana pun.
wallahua'lam
Waalaikumussalam.
DeleteTerima kasih sudi bertandang dan memberi komen. Alhamdulillah, semoga kita semua dapat mengubah iklim keluarga masing-masing untuk lebih cenderung kepada Islam.
Tambah sikit...
ReplyDeletedan dengan perubahan kita, insyaAllah sikit-sikit juga family kita akan terikut...mula2 mungkin dipandang pelik, tapi mereka akan berubah dan gembira...insyaAllah...
macam entry ni, kakak-kakak berubah, dan adik juga turut berubah...
dan ada keluarga, ibu ayah tak islamik (pakai jeans), anak kemudian menjadi islamik...perubahan tersebut akan mempengaruhi ibu ayah...biiznillah...insyaAllah...