Assalamualaikum w.b.t.
InsyaALLAH malam ni aku nak reka sebuah cerita dalam blog picisan aku ni. Tajuk yang menjadi ilhamku ialah Pisang Pilihan. Sebelum aku memulakan cerita, aku ingin menulis nama watak-watak cerita kali ini.
Watak Utama: Wan Harfiz
Junior 1: Fauzi
Junior 2: Atoq
Junior 3: Zaki
Sekiranya nama-nama di atas mirip dengan nama anda, aku memohon kemaafan. Nama saja yang sama, tetapi sikap peribadi watak-watak ini rekaan penulis sahaja.
Alkisahnya
Wan Harfiz bergegas balik ke dormnya untuk mengambil dompet yang tertinggal di atas loker. Semasa dia melalui kawasan ampaian, dia terlihat tiga orang juniornya sedang menyidai pakaian.
"Kenapa kamu bertiga masih ada di sini?" tanya Wan Harfiz. "Waktu sekarang kan semua pelajar diwajibkan berada di surau."
"Kami baru habis basuh pakaian, bang." Fauzi menjawab perlahan.
"Warden kan dah pesan, kalau dah terlewat membasuh, boleh sambung selepas balik prep malam. Kalau jadual tulis perlu ada di surau, maka pelajar tak boleh berada di tempat lain sambil buat aktiviti lain," selaku Pengawas Asrama, Wan Harfiz memain peranan menegur junior-juniornya.
"Tapi bang, ramai je senior-senior yang tak turun surau walaupun warden dah cakap macam tu," ujar Atoq.
"Betul bang. Kami selalu nampak senior-senior ponteng surau. Kalau senior boleh buat macam tu, maka tak salahlah kalau kami contohi," Zaki menyokong Atoq.
"Baiklah. Abang akan maafkan kamu kali ini. Esok abang nak jumpa kamu bertiga di dewan makan selepas Maghrib," pesan Wan Harfiz sebelum meninggalkan Fauzi, Atoq, dan Zaki.
Keesokannya, seperti yang dijanjikan, ketiga-tiga junior Wan Harfiz datang berjumpa dengannya di dewan makan. Di atas meja, Wan Harfiz menghidangkan sesikat buah pisang yang bercampur antara yang masih elok dan yang sudah rosak.
"Ambillah buah pisang ni. Abang belanja," pelawa Wan Harfiz.
Tanpa berlengah, mereka bertiga mengambil pisang itu sebiji setiap seorang. Wan Harfiz turut makan bersama mereka. Usai makan, Wan Harfiz memberi nasihat kepada Fauzi, Atoq, dan Zaki.
"Adik-adikku, sebentar tadi abang nampak kamu mengambil buah pisang yang bercampur antara pisang elok dan pisang rosak. Ternyata ketiga-tiga kamu memilih buah pisang yang masih elok.
Begitulah juga kesnya dalam mencontohi senior-senior sekolah. Ada perkara yang kita boleh contohi dan ada perkara yang tidak.
Pisang elok diumpamakan perkara contoh yang baik, manakala pisang rosak adalah contoh yang sebaliknya. Abang harap, kamu bertiga dapat fikirkan pengajaran dari pisang pilihan ini."
Sekilas Renungan
Umat Islam sekarang suka hidup dengan mengikut-ikut orang lain. Orang buat seluar londeh, kita ikut. Orang buat parti bebas, kita pun buat. Latest, orang buat Gangnam Style, kita pun tak nak ketinggalan.
Walhal, kita tidak mengkaji sama ada perbuatan yang dicontohi itu baik atau tidak. Main hentam keromoh saja diikut-ikut.
Ada mafhum sebuah hadis yang mengatakan bahawa kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang kita cintai. Hah, kalau kita dok contohi perbuatan orang yang tak baik, itu tandanya kita cinta padanya! Berwaspadalah.
Khatimul Kalam
Sidang pembaca, ALLAH SWT sudah kurniakan kepada kita satu figur yang sangat cocok untuk dicontohi. Tidak lain dan tidak bukan, dialah kekasih ALLAH - Muhammad Rasulullah SAW. Ayuh kita teladani qudwah baginda... agar kita ditempatkan bersama dengannya di akhirat kelak.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS Ali-Imran: 31)

No comments:
Post a Comment