Wednesday, October 3, 2012

Terima Kasih ALLAH Atas Buku-Bukunya

Alhamdulillah...

Hari ini berkesempatan untukku membeli beberapa buah kitab (buku) untuk hadaman diri sendiri. Membaca itu perintah pertama tuhanku. Membaca juga merupakan hobi utamaku. Semuanya dengan izin ALLAH. Ya ALLAH, terima kasih atas buku-bukunya.

Hadiah untuk seseorang.

Ingin memahami sebelum difahami.




Monday, September 17, 2012

Pisang Pilihan

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaALLAH malam ni aku nak reka sebuah cerita dalam blog picisan aku ni. Tajuk yang menjadi ilhamku ialah Pisang Pilihan. Sebelum aku memulakan cerita, aku ingin menulis nama watak-watak cerita kali ini.

Watak Utama: Wan Harfiz
Junior 1: Fauzi
Junior 2: Atoq
Junior 3: Zaki

Sekiranya nama-nama di atas mirip dengan nama anda, aku memohon kemaafan. Nama saja yang sama, tetapi sikap peribadi watak-watak ini rekaan penulis sahaja.

Alkisahnya

Wan Harfiz bergegas balik ke dormnya untuk mengambil dompet yang tertinggal di atas loker. Semasa dia melalui kawasan ampaian, dia terlihat tiga orang juniornya sedang menyidai pakaian.

"Kenapa kamu bertiga masih ada di sini?" tanya Wan Harfiz. "Waktu sekarang kan semua pelajar diwajibkan berada di surau."


"Kami baru habis basuh pakaian, bang." Fauzi menjawab perlahan.




Friday, September 14, 2012

E-Book Riyadhus Shalihin 2


Download E-Book Percuma




Thursday, September 13, 2012

E-Book RIyadhus Shalihin 1


Download E-Book Percuma




Wednesday, September 12, 2012

Keluarga Tak Islamik Tak Mengapa

(Siri Lembaran Tarbiyahku)

Kenapa tak nak join tarbiyah? Tarbiyah itu best.

Aku seganlah. Aku ni bukan budak baik macam korang. Background family aku pun tak Islamik mana.


Seriously? Perlukah kita lahir dari keluarga yang alim-soleh, baru boleh join tarbiyah? Aku tak rasa jawapan background family boleh diambil kira sebagai faktor menghalang kita daripada mentarbiyahkan diri.

Berikut adalah kisah lampauku.

Back in Time

Lahirku dalam enam orang adik-beradik. Akulah yang bongsu, dan akulah satu-satunya anak lelaki. Manja itu sudah pasti. Keras kepala itu teman baik. Cengeng itu hobi. Malang sekali, tiada identiti.

Seperti lazimnya pada keluarga yang ada di Malaysia, nama saja Islam namun praktis sebagai muslim itu kurang. Maka begitulah juga yang terjadinya pada keluargaku. Islam kami Islam warisan, bukan Islam yang dicari dengan pengorbanan.


Detik perubahan berlaku apabila satu persatu kakak-kakakku menjejak kaki ke bangku sekolah menengah. Aku yang ketika itu masih bersekolah rendah kehairanan, kenapa penampilan mereka kian berubah.




Piring Pinjaman

Assalamualaikum w.b.t. Teringin rasanya hatiku pada hari ini untuk mereka sebuah kisah. Terlebih dahulu, izinkan aku meletakkan nama-nama watak yang terilham di benar akalku.

Watak utama: Jijimat
Jiran 1: Fitri
Jiran 2: Saha
Jiran 3: Zaid

Sekiranya nama-nama di atas mirip dengan nama anda, aku memohon kemaafan. Nama saja yang sama, tetapi sikap peribadi watak-watak ini rekaan penulis sahaja.

Alkisahnya

Pada suatu malam Jumaat Keliwon, Jijimat sedang khusyuk menonton drama TV 'Waris'. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. "Assalamualaikum. Jijimat, Jijimat! Aku jiranmu, Fitri. Aku datang bersama-sama Saha dan Zaid."





Tuesday, September 11, 2012

Ameenisme, Lembaran Baru Ameenmuslim


Assalamualaikum w.b.t.

Sekilas Renungan

Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya aku mereka sebuah blog baru. Pelik, bukan? Sudah banyak blog yang aku reka. Namun, majoritinya aku privasikan. Walhal, awal pembabitan dalam berblog, aku sungguh bersemangat menulis.

Seiring dengan peningkatan usia, jari-jemariku mulai lesu untuk berceloteh di alam maya. Ideaku ada, tetapi payah untuk kuluahkan di ruangan penulisan. Kebanyakannya buntu di tengah jalan. Cerita-cerita yang kugarap, banyak yang tidak berkesudahan.

Walau bagaimanapun, perkara ini menjadi bukti kepadaku bahawasanya firman ALLAH itu benar. Jelas terakam dalam al-Quran yang mengatakan manusia ini lemah. Ya, kurangnya komitmentku dalam penulisan merupakan kelemahanku selaku manusa.

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah... [QS 30: 54]

Di Sebalik Ameenisme